GEOGRAFI
Friday, 9 March 2012
Tuesday, 6 March 2012
KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR
- Perlombongan mengubah landskap sesuatu kawasan
- Kegiatan melombong bijih timah, bijih besi, kuprum dan bauksit menyebabkan kawasan menjadi lapang dan gersang
- Bekas lombong terdapat di sekitar Lembah Klang, Kuala Langat, Selangor dan Lembah Kinta di Perak
- Kegiatan perlombongan juga mengubah sesuatu kawasan kepada petempatan
- Pekan Kerteh (petempatan nelayan) telah berubah menjadi bandar disebabkan penerokaan petroleum
Antara sebab kepupusan :
- Pembalakan
- Pertanian
- Pembukaan petempatan
- Bandar baru
- Perindustrian
Penebangan hutan yang berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan kepupusan kepada pokok-pokok hutan yang berharga
Antara tumbuhan yang diancam kepupusan :
- Cengal
- Resak
- Berlian
- Damar
- Minyak
- Orkid hutan
- Periuk kera
Antara hidupan liar yang diancam kepupusan :
- Seladang
- Kambing gurun
- Rusa
- Kijang
*Info Geografi ~
Hutan bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanah tanih daripadan hakisan air dan angin. Pokok -pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih dengan akarnya.
- Penebangan hutan secara besar-besaran menyebabkan permukaan bumi terdedah
- Suhu meningkat kerana tiada litupan tumbuh-tumbuhan
- Permukaan bumi yang menerima pancaran terus matahari akan mengakibatkan kelembapan udara berkurang
- Ketiadaan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses transpirasi akan turut menyebabkan udara menjadi kering
Kesan pembersihan hutan terhadap suhu :-
- Suhu Tanah tinggi Cameron meningkat sebanyak 1.5 darjah selsius
- Tanah Rata, Brinchang, Ringlet, Kampung Raja meningkat sebanyak 4 darjah selsius
- Pembersihan hutan menyebabkan permukaan bumi menjadi gondol
- Ketiadaan tumbuh-tumbuhan mengakibatkan tiada akar yang dapat mencengkam tanah dan mengakibatkan tanih menjadi longgar
- Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan menghakis permukaan bumiyang longgar terutama di kawasan cerun dan membawa lumpur turun ke sungai
- Air larian ini menuruni cerun yang gondol dengar arus yang kuat tanpa ada halangan dan memusnahkan kawasan kitaraanya
Contohnya :-
- Kejadian banjir lumpur di Pos Dipang, Ipoh adala disebabkan kegiatan penebangan hutan yang tidak diurus dengan baik
- Penggunaan pelbagai sumber hutan, mineral dan air secara tidak terkawal menyebabkan banjir
- Sungai menjadi cetek, air melimpah dan terjadinya banjir di kawasan rendah contohnya di Sungai Kelantan dan Sungai Pahang
- Hutan yang telah gondol sudah tidak ada penapisan air hujan akibat ketiadaan pokok
- Bahan kelodak berpunca daripada hakisan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai
- Bahan terampai dalam sungai meningkat dan menyebabkan sungai kurang sesuai untuk digunakan sebagai sumber domestik
- Kegiatan perlombongan menggunakan banyak air untuk memisahkan mineral berharga daripada bahan lain seperti pasir, lumpur dan kelodak
- Air buangannya menyebabkan sungai tercemar
- Kerja melombong kuprum di Mamut, Sabah menyebabkan pencemaran udara yang menjejaskan kehidupan di sekitar
- Proses pemecahan batu granit untuk membuat jalan dan batu kapur untuk membuat simen menyebabkan pencemaran udara contohnya kerja memecah batu kapur di pinggir Ipoh
- Pembakaran sisa gas di loji pemprosesan juga menyebabkan pencemaran udara
Monday, 5 March 2012
JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Hutan Hujan Tropika
Emergen
Lapisan Tengah
- ketinggian kurang daripada 1000 meter
- kebanyakannya berada di TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA dan bahagian PENDALAMAN SABAH DAN SARAWAK.
- malar hijau
- pelbagai jenis kayu keras dan bermutu tinggi seperti MERANTI, CENGAL, KERUING, MERBAU, BALAU, SERAYA.
- mempunyai 4 lapisan
Emergen
- terdiri daripada pokok-pokok sangat tinggi , iaitu melebihi 40 meter .
- binatang seperti burung kakak tua, kelawar, dan layang-layang terdapat di lapisan ini
- pokok-pokok dapat tumbuh tinggi kerana mendapat sinaran matahari yang mencukupi
- mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang
Kanopi
- mempunyai ketinggian antara 20 hingga 40 meter
- pokok-pokok tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yangmenghalang cahaya matahari sampai ke lantai hutan
- binatang yang terdapat di lapisan ini mempunyai tupai, kera dan tokek
- terdiri daripada pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter contoh binatang ialah orang utan dan katak pokok
- tumbuh-tumbuhan yang terdapat di lapisan ini ialah liana, epifit, dan parasit
- tumbuhan liana seperti rotan yang tumbuhi di lapisan tengah
- tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar untuk sokongan dan mendapatcahaya matahari
- tumbuh-tumbuhan epifit tumbuh di batang, ranting atau di daun pokok yang hidup
Lantai Hutan
- terdiri daripada pokok-pokok kurang 10 meter tinggi
- binatang yang terdapat di lapisan ini ialah tapir, harimau, tupai pinang dan tenggiling
- tumbuhan-tumbuhan seperti cendawan, bunga rafflesia, pokok renek, semak samun dan pokok herba
HUTAN PAYA
Hutan paya dapat di bahagikan kepada dua jenis, iaitu hutan pata air masin dan hutan paya air tawar.
Hutan paya air masin
1.Sekitar muara Sungai Perak dan Sungai Bernam
2.Kawasan pantai Johor dan Melaka
3.Kawasan pantai timur Sabah
4.Muara Sungai Rajang dan Sungai Baram
Ciri utama :
1. tumbuh dengan subur di kawasan pinggir laut yang berlumpur,
terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air
pasang dan surut
2.mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan lumpur di permukaan lumpur dan air untuk bernafas serta akar jankang yang menyokongnya daripada tumbang
Tumbuh-tumbuhan semula jadi :
1. pokok bakau
2. api-api
3. perapat
4. berus atau tumu
Hidupan air :
1.ikan
2.ketam
3.siput
4.lokan
5.udang
6.sotong
7.kerang
Kawasan
1.sekitar kawasan di antara Kuantan hingga ke selatan Jojor
2.sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera
Ciri utama :
1.terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut, dan bertakung air
2. pokok-pokok yang tumbuh biasanya tinggi
Tumbuh-tumbuhan semula jadi
HUTAN PANTAI
- meliputi beberapa jenis pokok dan tumbuhan menjalar
- terdapat kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran baik, berpasir dan terdedahkepada tiupan angin dari laut
- tumbuh-tumbuh yang terdapat di hutan pantai ialah pokok ru, pokok kelapa, pokok renek, mengkuang laut, tumbuhan menjalar sepeti tapak kuda dan semak samun
- tumbuh-tumbuhan dapat hidup walaupun ditenggelami air laut
tumbuh subur di tanih laterit di kawasan tanah tinggi melebihi 1000 meter dari aras laut
hutan gunung seperti:
- BanjaranCrocker
- Banjaran Titiwangsa
- Banjaran Tama Abu
- Banjaran Tahan
- Pergunungan Iran
kawasan semakin tinggi, tumbuh-tumbuhan semakin jarang
ditumbuhi oleh pokok kerdil, paku pakis, kulampair dan lumut
suhu di kawasan tersebut rendah
lapisan tanih nipis
tempat di paras ketinggian melebihi 3500 meter diliputi batuan tandus seperti di bahagian puncak GunungKinabalu
terkenal dengan beberapa jenis bunga seperti rafflesia, orkid dan pokok periuk kera
Jenis tumbuh-tumbuhan gunung
- 0 m - 1200 m =Hutan dipterokarp bukit ( Meranti, cengal, kapur)
- 1200 m - 1800 m = Hutan montane bawah ( Tumbuhan oak, paku-pakis, orkid )
- 1800 m - 2900 m =Hutan montane atas ( Tumbuhan epifit, periuk kera, konifer )
- 2900 m - 3500 m = Tumbuh-tumbuhan sub-alps
- 3500 dan ke atas = Tumbuh-tumbuhan alps
Subscribe to:
Posts (Atom)