Monday 5 March 2012

JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Hutan Hujan Tropika

  • ketinggian kurang daripada 1000 meter
  • kebanyakannya berada di TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA dan bahagian PENDALAMAN SABAH DAN SARAWAK.
  • malar hijau
  • pelbagai jenis kayu keras dan bermutu tinggi seperti MERANTI, CENGAL, KERUING, MERBAU, BALAU, SERAYA.
  • mempunyai 4 lapisan 



Emergen 



  • terdiri daripada pokok-pokok sangat tinggi , iaitu melebihi 40 meter .
  • binatang seperti burung kakak tua, kelawar, dan layang-layang terdapat di lapisan ini
  • pokok-pokok dapat tumbuh tinggi kerana mendapat sinaran matahari yang mencukupi
  • mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang


Kanopi



  • mempunyai ketinggian antara 20 hingga 40 meter 
  • pokok-pokok tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yangmenghalang cahaya matahari sampai ke lantai hutan 
  • binatang yang terdapat di lapisan ini mempunyai tupai, kera dan tokek  



 Lapisan Tengah
  • terdiri daripada pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter  contoh binatang ialah orang utan dan katak pokok   
  • tumbuh-tumbuhan yang terdapat di lapisan ini ialah liana, epifit, dan parasit  
  • tumbuhan liana seperti rotan yang tumbuhi di lapisan tengah 
  • tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar untuk sokongan dan mendapatcahaya matahari 
  • tumbuh-tumbuhan epifit tumbuh di batang, ranting atau di daun pokok yang hidup


Lantai Hutan


  • terdiri daripada pokok-pokok kurang 10 meter tinggi 
  • binatang yang terdapat di lapisan ini ialah tapir, harimau, tupai pinang dan tenggiling 
  • tumbuhan-tumbuhan seperti cendawan, bunga rafflesia, pokok renek, semak samun dan pokok herba









HUTAN PAYA
Hutan paya dapat di bahagikan kepada dua jenis, iaitu hutan pata air masin dan hutan paya air tawar. 


Hutan paya air masin



 Kawasan :

1.Sekitar muara Sungai Perak dan Sungai Bernam
2.Kawasan pantai Johor dan Melaka 
3.Kawasan pantai timur Sabah 
4.Muara Sungai Rajang dan Sungai Baram

Ciri utama :

1. tumbuh dengan subur di kawasan pinggir laut yang berlumpur,
terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air
pasang dan surut
2.mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan lumpur di permukaan lumpur dan air untuk bernafas serta akar jankang yang menyokongnya daripada tumbang


Tumbuh-tumbuhan semula jadi :

1. pokok bakau 
2. api-api 
3. perapat
4. berus atau tumu 

 Hidupan air :

1.ikan 
2.ketam 
3.siput 
4.lokan
5.udang 
6.sotong 
7.kerang

 Hutan Paya Air Tawar



Kawasan 

1.sekitar kawasan di antara Kuantan hingga ke selatan Jojor  
2.sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera 

Ciri utama :

1.terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut, dan bertakung air  
2. pokok-pokok yang tumbuh biasanya tinggi 
Tumbuh-tumbuhan semula jadi 

    HUTAN PANTAI


    • meliputi beberapa jenis pokok dan tumbuhan menjalar
    • terdapat kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran baik, berpasir dan terdedahkepada tiupan angin dari laut 
    • tumbuh-tumbuh yang terdapat di hutan pantai ialah pokok ru, pokok kelapa, pokok renek, mengkuang laut, tumbuhan menjalar sepeti tapak kuda dan semak samun
    • tumbuh-tumbuhan dapat hidup walaupun ditenggelami air laut

     HUTAN GUNUNG



    tumbuh subur di tanih laterit di kawasan tanah tinggi melebihi 1000 meter dari aras laut

    hutan gunung seperti:
    • BanjaranCrocker
    • Banjaran Titiwangsa
    • Banjaran Tama Abu
    • Banjaran Tahan
    • Pergunungan Iran 



    kawasan semakin tinggi, tumbuh-tumbuhan semakin jarang 
    ditumbuhi oleh pokok kerdil, paku pakis, kulampair dan lumut 

    suhu di kawasan tersebut rendah 

    lapisan tanih nipis 

    tempat di paras ketinggian melebihi 3500 meter diliputi batuan tandus seperti di bahagian puncak GunungKinabalu 

    terkenal dengan beberapa jenis bunga seperti rafflesia, orkid dan pokok periuk kera 

    Jenis tumbuh-tumbuhan gunung

    •  0 m - 1200 m =Hutan dipterokarp bukit ( Meranti, cengal, kapur) 
    • 1200 m - 1800 m = Hutan montane bawah ( Tumbuhan oak, paku-pakis, orkid ) 
    • 1800 m - 2900 m =Hutan montane atas ( Tumbuhan epifit, periuk kera, konifer ) 
    • 2900 m - 3500 m = Tumbuh-tumbuhan sub-alps 
    • 3500 dan ke atas = Tumbuh-tumbuhan alps 







    3 comments: