Tuesday 6 March 2012

KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR

PERUBAHAN PANDANG DARAT



  • Perlombongan mengubah landskap sesuatu kawasan
  • Kegiatan melombong bijih timah, bijih besi, kuprum dan bauksit menyebabkan kawasan menjadi lapang dan gersang 
  • Bekas lombong terdapat di sekitar Lembah Klang, Kuala Langat, Selangor dan Lembah Kinta di Perak
  • Kegiatan perlombongan juga mengubah sesuatu kawasan kepada petempatan
  • Pekan Kerteh (petempatan nelayan) telah berubah menjadi bandar disebabkan penerokaan petroleum
KEPUPUSAN





Antara sebab kepupusan :
  • Pembalakan
  • Pertanian
  • Pembukaan petempatan
  • Bandar baru
  • Perindustrian
Penebangan hutan yang berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan kepupusan kepada pokok-pokok hutan yang berharga 

Antara tumbuhan yang diancam kepupusan :


  • Cengal 
  • Resak
  • Berlian
  • Damar 
  • Minyak
  • Orkid hutan
  • Periuk kera 
Antara hidupan liar yang diancam kepupusan :


  • Seladang
  • Kambing gurun
  • Rusa
  • Kijang
*Info Geografi ~ 
Hutan bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanah tanih daripadan hakisan air dan angin. Pokok -pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih dengan akarnya.


PENINGKATAN SUHU 


  • Penebangan hutan secara besar-besaran menyebabkan permukaan bumi terdedah 
  • Suhu meningkat kerana tiada litupan tumbuh-tumbuhan 
  • Permukaan bumi yang menerima pancaran terus matahari akan mengakibatkan kelembapan udara berkurang 
  • Ketiadaan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses transpirasi akan turut menyebabkan udara menjadi kering 

Kesan pembersihan hutan terhadap suhu :-
  • Suhu Tanah tinggi Cameron meningkat sebanyak 1.5 darjah selsius
  • Tanah Rata, Brinchang, Ringlet, Kampung Raja meningkat sebanyak 4 darjah selsius


KESAN HAKISAN 


  • Pembersihan hutan menyebabkan permukaan bumi menjadi gondol
  • Ketiadaan tumbuh-tumbuhan mengakibatkan tiada akar yang dapat mencengkam tanah dan mengakibatkan tanih menjadi longgar
  • Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan menghakis permukaan bumiyang longgar terutama di kawasan cerun dan membawa lumpur turun ke sungai
  • Air larian ini menuruni cerun yang gondol dengar arus yang kuat tanpa ada halangan dan memusnahkan kawasan kitaraanya
Contohnya :-
  • Kejadian banjir lumpur di Pos Dipang, Ipoh adala disebabkan kegiatan penebangan hutan yang tidak diurus dengan baik 


KESAN BANJIR 




  • Penggunaan pelbagai sumber hutan, mineral dan air secara tidak terkawal menyebabkan banjir 
Pembalakan tidak terkawal menyebabkan hutan terdedah terus kepada air hujan dan terus mengalir ke sungai
  • Sungai menjadi cetek, air melimpah dan terjadinya banjir di kawasan rendah contohnya di Sungai Kelantan dan Sungai Pahang
  • Hutan yang telah gondol sudah tidak ada penapisan air hujan akibat ketiadaan pokok 


KESAN PENCEMARAN





  • Bahan kelodak berpunca daripada hakisan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai 
  • Bahan terampai dalam sungai meningkat dan menyebabkan sungai kurang sesuai untuk digunakan sebagai sumber domestik 
  • Kegiatan perlombongan menggunakan banyak air untuk memisahkan mineral berharga daripada bahan lain seperti pasir, lumpur dan kelodak
  • Air buangannya menyebabkan sungai tercemar
  • Kerja melombong kuprum di Mamut, Sabah menyebabkan pencemaran udara yang menjejaskan kehidupan di sekitar 
  • Proses pemecahan batu granit untuk membuat jalan dan batu kapur untuk membuat simen menyebabkan pencemaran udara contohnya kerja memecah batu kapur di pinggir Ipoh
  • Pembakaran sisa gas di loji pemprosesan juga menyebabkan pencemaran udara






14 comments: